130,000 remaja wanita dari keluarga berpendapatan rendah (B40) akan mendapat kit asas kebersihan diri – antara lain mengandungi tuala wanita – yang akan diedarkan oleh kerajaan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, daripada sesi libat urus dijalankan, kerajaan mendapati golongan terbabit tidak mendapat akses kepada produk kesihatan seperti tuala wanita kerana kekangan kewangan.

Katanya, dianggarkan seramai 130,000 remaja wanita dari keluarga B40 berdepan masalah masalah tersebut.

Sebelum ini Sebuah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan dengan nama Bidadari, telah mengetahkan isu mengenai golongan remaja wanita yang terkesan ketika datang haid setiap bulan dengan kempen Miskin Haid.

Dengan Pengumumkan ini, diharap mereka yang terkesan dapat dikurangkan masalah mereka sebelum ini.

 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia akan mengedarkan secara percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130,000 remaja wanita B40.