
Pas Dengan Sinis mencadangkan agak parti Kerajaan yang bertanding di PRN melaka menggunakan satu lambang , iaitu logo bendera pas. ini kerana umno tidak ingin bekerjasama bersama ppbm namun akan meneruskan kerjasama dengan pas.
Oleh itu , adalah lebih baik semua yang bertanding menggunakan logo pas sahaja menurut Kenyataan dikeluarkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Semalam Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT semalam. Mkt umno memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.