Ketua Wanita Keadilan Johor Napsiah Khamis, hari ini tampil menepis dakwaan Nurul Hidayah anak perempuan Zahid Hamidi yang menidakkan beratnya isu kemiskinan haid di Malaysia dengan mendakwa tuala wanita di Malaysia adalah murah dan tiada isu kemiskinan haid di Malaysia.
Beliau yang juga NGO Bidadari dan bergiat aktif dalam kempen Kemiskinan Haid ini menegaskan bahawa isu kemiskinan haid dalam kalangan wanita Malaysia benar-benar berlaku.
“Ingin saya jelaskan kisah-kisah yang kami hadapi berkenaan isu ini sepanjang menguruskan kempen Kemiskina Haid adalah wanita gelandangan menggunakan tisu di tandas awam atau kain di dalam tong sampah, ada wanita susah menggunakan stokin semasa haid malah ada yang menggunakan kain batik dan baju lama untuk menjimatkan kos. Apa yang lebih menyedihkan apabila ada remaja perempuan tidak ke sekolah kerana tiada tuala wanita.
“Bagaimana Nurul masih lagi mengatakan tiada masalah KEMISKINAN HAID berlaku di negara ini?”, soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Soal beliau lagi, adakah nurul menyamakan kehidupan mewahnya sama seperti wanita-wanita lain dan adakah kemiskinan itu satu perkara yang perlu ditertawakan?.
Ujar Napsiah, isu ini perlu di berikan perhatian serius oleh kerajaan dan mencari penyelsaian untuk isu ini.
Malah kami telah melancarkan laman web untuk kempen ini menerusi http://www.heartscharity.org .
Terdahulu, Nurulhidayah Ahmad Zahid membuat kenyataan itu di Instagramnya ketika menjawab komen salah seorang pengguna yang membangkitkan mengenai wujudnya wanita tidak berkemampuan yang sanggup mengandung berulang kali bagi mengelakkan datang bulan.
