KUALA LUMPUR- Enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian kepada Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain tanpa niat membunuh.

Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain
Kronologi kes:
21 Mei 2017
Zulfarhan disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba sebelum dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.
27 Mei 2017
Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi dan dibenarkan pulang.
31 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua pelajar UPNM.
1 Jun 2017
Saksi melihat Zulfarhan kaku sebelum dibawa ke Hospital Serdang dan disahkan meninggal dunia.
2 Jun 2017
Jenazah Zulfarhan diserahkan kepada keluarga dan dikebumikan di Johor.
14 Jun 2017
Enam penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.
12 November 2017
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pendakwaan untuk menggabungkan perbicaraan 19 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, subahat bunuh dan mencederakan Zulfarhan.
29 Januari 2018
Perbicaraan bermula. Pihak pendakwaan memanggil 31 saksi memberi keterangan antaranya Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr. Salmah Arshad.
31 Julai 2019
18 penuntut UPNM dipanggil membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan.
Seorang lagi, Muhammad Akmal Akif Alias dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencederakan mangsa.
2 Oktober 2019
Kes pembelaan bermula. Seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr. Rohayu Shahar Adnan memberi keterangan.
8 April 2021
Pembelaan menutup kes.
29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan
2 November 2021
Keputusan akhir kes pembelaan.
Sumber: Utusan Malaysia https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kronologi-kes-pembunuhan-zulfarhan-osman-zulkarnain/