Ngwe Hee Sem, calon nombor 1 Dun N08 Machap jaya sentiasa sentiasa peka dengan keadaan semasa penduduk machap terutama dalam menangani wabak covid 19 ini.
Ketika perintah kawalan pergerakan pkp 1.0 di negara kita, penduduk machap terkesan dengan kluster kopitiam yang berlaku di kampung machap baru. Hampir 100 penduduk di jangkiti ketika itu.
Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk membantu penduduk machap dengan membuat sanitasi sendiri di bangunan, kedai dan rumah persendirian bagi mencegah virus covid tersebut.
Beliu turun padang membuat sanitasi secara percuma di rumah pesakit kerana pada ketika itu peralatan untuk sanitasi tidak mudah diperolehi dan dijual dengan harga yang tinggi.
Tidak semua penduduk di machap mampu untuk memilikinya.
Bagi penduduk yang terputus keperluan rumah pula, beliau turut menyedia dan menghantar bakul makanan untuk mereka bagi meneruskan hari hari yang sukar.
Kini dengan keadaan wabak yang semakin reda, saya menasihati semua penduduk machap jaya ini untuk terus amalkan SOP bagi mengelak diri dari dijangkiti.
