KUALA LUMPUR- Kafe berkonsepkan keluarga, Dove Café memperkenalkan menu ‘signature’ terbaru mereka: Asam Pedas Kimchi (Salmon), Nasi Butter Puyuh Bakar dan Pasta in a Box.
Restoran yang diusahakan oleh Puan Zaiton @ Fazreen Wahab, pengasas Dove Cafe Malaysia menawarkan pelbagai menu istimewa untuk dinikmati seisi keluarga.
Selain dari signature menu yang diperkenalkan, teknik Bungkusan Kasih yang diperkenalkan oleh Dove Café juga telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Bungkusan kasih adalah ilham pengasas Dove Cafe yang bertujuan untuk menahan haba dan mengingatkan kembali zaman melayu dulu kala memesan makanan.
Dove Cafe menyajikan lebih 20 menu menggunakan olahan resipi Puan Zaiton sendiri dan idea bersama cef restoran itu yang berpengalaman dalam masakan tersebut.
Chef Eksekutif Dove Café, Chef Hasri Hashim berkata, menu di Dove Café merupakan resipi asli yang telah diolah dan disempurnakan mengikut kesesuaian dan kesukaan ramai dan mengikut peredaran nuansa selera masyarakat ibu kota.
“Dove Café mempunyai rangkaian menu yang sangat berlainan. Menu-menu Dove Café yang telah diolah dan telah diperbaiki dari segi mutu, aroma, ‘presentation’ dan citarasa pelanggan,” katanya.
Menurut Hasri lagi, Dove Café membuat R&D selama setahun setelah mendapat maklumbalas dari pelanggan.
Di samping itu, antara menu istimewa yang terdapat di Dove Cafe adalah Soto Tulang Rusuk, Asam pedas Salmon, Ayam Panggang dan pelbagai menu menyelerakan yang lain.
Dove Café dimiliki oleh SYM AB SDN BHD beroperasi di Village Grocer Melawati Mall dan Village Grocer M-City Ampang. Juadah Dove Café juga boleh dipesan melalui easyeat.ai/r/dove whatsap 0193783856 atau di platform penghantaran Boost, Grab Food, Food Panda, Odle dan ShoppeFood.
