Assalamualaikum wbt..perkhabaran duka untuk hari ini, dimaklumkan bahawa pengasas MyCar, Tn Mohd Noah telah meninggal dunia pagi ini. Salah seorang anggota keluarga rapat beliau mengesahkan perkara ini.
Difahamkan selain dari diserang C19 beliau juga mengalami implikasi lain antaranya jantung dan buah pinggang.
Allahyarham Tn Noah sering menghulurkan bantuan kepada petugas media dan badan bukan kerajaan seperti PGDM untuk kolaborasi bersama syarikat MyCar bagi mengadakan program kebajikan.
Beliau Juga mesra dikalangan pemandu MyCar dan sering membantu pemandu yang menghadapai masalah sama ada dengan penumpang atau masalah persendirian.

Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman. sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham Tn Noah