Kuala Lumpur – Sejak beberapa minggu ini, negara di sajikan dengan kenaikan harga barangan asas naik mendadak. Daripada harga Sayur hingga ke harga alat ganti kereta kenaikan sehingga mencecah 60%.
Sebelum Ini terdapat puluhan malah mungkin beratus badan bukan kerajaan yang berasaskan bangsa melayu dan Islam di negara kita lantang memainkan isu bangsa dan agama, namun ngo ngo ini seumpama senyap apabila kenaikan harga barang malah umpama tidak penting isu sebegini.
sebelum ini kebanyakan ngo ngo berasakan melayu dan Islam ini menyatakan mereka akan membantu bangsa melayu, menaikkan taraf hidup melayu dengan memberi amaran pada bangsa lain supaya jangan biadap terhadap bangsa melayu mempunya berpuluh halal mart malah ada gabungan ngo ini berjaya membuka pasaraya yang besar di cyber jaya.
namun tidak nampak program mana mana ngo ini yang berani menjual barangan asas seperti sayur ini jauh lebih murah dari harga pasaran bagi membantu bangsa melayu . mereka lebih gemar salahkan kerajaan atau menyalahkan bangsa lain kerana kenaikan harga ini.
rata rata di negara ini golongan b40 ialah bangsa melayu, dan kebanyakan ngo melayu Islam biasanya bergerak dengan kutipan derma dari oang ramai.
Adakah Kebanyakan ngo ini yang mempunyai kedai halal mart ini sekadar untuk ada kedai sahaja namun barangan asas mereka perolehi dari orang tengah juga hanya mereka yang mampu jawab.
