Sejak 2016 nama Tony Phua disebut sebut kerana antara orang yang mendedahkan isu 1mdb, beliau bersama seorang lagi ahli parlimen, rafizi ramli ketika itu berganding bahu berkempen mengenai salah laku 1mdb .

Namun Kini beliau seperti hilang dari radar politik dan media dalam talian seperti kurang menulis mengenai dirinya.

Tony phua yang merupakan ahli parlimen Damansara dengan rekod majority tertinggi di dalam malaysia iaitu 106 903 undian di perolehi beliau pada pilihanraya umum ke 14 pada 2018.

Beliau yang suatu masa dahulu di angkat umpama wira kerana sering menjadi

 “ check & balance “ dalam segala keputusan kerajaan barisan nasional ketika itu.

Ketika Pakatan harapan memenjadi kerajaan setelah Pru ke 14, beliau tidak di lantik menjadi menteri , tetapi menjadi salah seorang pegawai di kementerian kewangan.

Sejak terjadinya langkah Sheraton, dan tumbangnya kerajaan PH, tony dilihat semakin menyepi dan kurang menonjol di kalangan pihak media..

Mungkinkah sebelum pilihanraya umum ke 15 ini beliau akan membuat kemunculan semula dengan isu isu terbaru mengenai politik negara ?