Peyandang dua penggal kerusi DUN Krian Datuk Ali Biju Akan mempertahankan kerusi tersebut dengan bertanding sebagai calon bebas kali ini.
Menurut beliau, keputusan untuk bertanding semula bagi mempertahankan kerusi DUN Krian adalah di atas permintaan rakyat di DUN Krian.
Ujarnya, rakyat di peringkat akar umbi yang mahu beliau terus bertanding mempertahankan kerusi ini yang telah dimenanginya sejak dua penggal yang lalu dan rakyat di sini lebih mengutama personaliti calon daripada parti yang diwakilinya.
Dalam PRN12 ini, DUN Krian telah menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Ali Biju yang mengunakan tiket Bebas, Friday Belik (GPS), Musa Dinggat (PSB) dan Danny Kuan (PBK).
