Saham merupakan sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham.

Ramai yang telah membuat untung melalui pembelian saham dan ramai juga yang jatuh muflis akibat saham, namun tidak boleh dinafikan dengan urusan jual beli saham seseorang boleh mendapat pendapat sampingan atau sebagai pendapatan utama dan tidak perlu bekerja lagi.

Namun tinjauan klbroadcast mendapati, orang melayu tidak minat terlibat dalam perniagaan saham berbanding dengan masyarakat cina yang dari usia muda mula didedahkan dengan apa itu bursa saham. Kebanyakan masyarakat melayu lebih gemar membuat pelabuaran di dalam amanah saham seperti Amanah Saham Bumiputra dan sebagainya.

Namun kini telah muncul beberapa guru saham dikalangan orang melayu yang sanggup mengajar cara dan teknik jual beli saham dengan harga yang berpatutan. Amatlah rugi sekiranya masyarakat melayu tidak mengambil peluang ini kerana melalui saham seseorang boleh menambahkan pendapatan mereka.