Telah Tular Satu Video Dari penceramah bebas menyatakan loji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh dan tidak halal.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memandang serius perkara ini dan ingin memaklumakan orang ramai bahawa terdapat sembilan (9) loji ayam yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam di negara Thailand dan dua (2) di negara China. DVS mengesahkan kesemua loji ayam yang disenaraikan di laman sesawang DVS adalah masih sah untuk mengeksport ke Malaysia.
Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawalselia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam Thailand iaitu The Central Islamic Council of Thailand dan di China iaitu Shandong Halal Certification Services adalah masih sah tempoh pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga 31 Disember 2023.
Senarai loji-loji di laman sesawang DVS dikemaskini dari semasa ke semasa dan loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport.
Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang DVS untuk makluman pihak-pihak berkepentingan.
Orang awam diingatkan supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar, DVS untuk mendapatkan keterangan dan pengesahan perkara-perkara yang berkaitan sahih sebelum membuat sebarang hebahan dalam media
sosial bagi mengelakkan spekulasi.
