Kuala Lumpur- Ketika Ini Seluruh negara kecoh dengan diskaun 80 peratus saman polis dan JPJ, namun ramai mengeluh aplikasi dalam talian untuk pembayaran dan semakan atas talian sentias ‘crash’

Sempena Sambutan Karnival keluarga Malayasia, Polis Diraja Malaysia PDRM mengumumkan diskaun pembayaran saman sehingga 80 peratus , ini menyebabkan ramai yang mengambil peluang ini untuk melunaskan saman masing masing sehingga akses ke laman sesawang dan juga aplikasi pembayaran online tersekat dan ‘crash’.

Rata rata ramai menyatakan sabar dan cuba membuat bayaran ketika waktu awal pagi atau tengah malam, namun sebagai pengguna dan pembayar cukai , kita seharusnya di beri informasi siapakah atau syarikat manakah yang mendapat tender untuk membina dan menyelenggara kebanyakan sistem berkaitan kerajaan ini.

Setiap kali jika rakyat secara serentak ingin mengakses ke dalam talian , pasti akan berlaku apa yang digelar dalam bahasa ‘IT’ sebagai ‘crash’. Kejadian Seumpama itu juga berlaku ketika pada awal pendaftaran mysejahtera untuk suntikan vaksin.

Kini aplikasi untuk pembayaran saman polis juga berlaku perkara yang sama. Umum maklum , kontrak yang dikeluarkan untuk membina dan menyelenggara aplikasi atau laman web kerajaan biasanya membabitkan jutaan ringgit namun hasil yang rakyat dapat amatlah mengecewakan.

Alasan yang biasa digunakan oleh vendor ialah , kejadian berlaku disebabkan ramai yang cuba mengakses secara serentak , namun jika dibandingkan dengan aplikasi pembelian atas talian atau sembang atas talian yang juga diakses secara serentak pada suatu suatu masa amatlah tidak logik untuk pihak vendor mengunakan alasan tersebut.