Melaka – Pada tahun 1511 , Potugis telah menyerang Melaka yang menyebabkan empayar tersohor tersebut tumbang, Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah telah menitah untuk meninggalkan 1/3 harta dan selebihnya dibawa lari atau disorokkan supaya terselamat daripada dirampas Portugis.
Dalam cacatan Portugis, harta rampasan dari kerajaan Melaka merupakan harta rampasan terbesar dalam siri penjajahan Portugis sepanjang zaman.
Namun yang menjadi misteri sehingga kini, baki harta peninggalan kerajaan Melaka telah hilang dari cacatan sejarah dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu lokasi sebenar ia tersimpan.
Di anggarkan nilai terkini harta tersebut jika di jumpai , boleh mencecah berbillion ringgit. Sehingga hari ini , belum ada kajian yang menyeluruh di mana atau dengan sapa harta harta tersebut di simpan.
