Kuala Lumpur – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah memperkenalkan tarikan terbaru yang dikenali sebagai “TOWER WALK 100” yang telah dibuka kepada pengunjung bermula 27 November 2021.

Unit Komunikasi Korporat Menara Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pembinaan ‘TOWER WALK 100” ini adalah sebagai sebuah mercu tanda yang penting dan symbol memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia.

“Melihat daripada kejayaan tarikan kami sebelum ini iaitu Sky Box yang dibina pada 2016, ianya telah berjaya menarik ramai pengunjung tempatan dan luar negara.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. Puan Ainol Shaharina Shahar, tarikan terbaru ini terletak di tingkat T02 tiang menara, dan para pengunjung dapat berjalan 360 darjah mengelilingi pelantar sambal menikmati panorama menarik bandaraya Kuala Lumpur.

“Para pengunjung akan dilengkapi dengan ‘Harness Safety System’ untuk tujuan keselamatan ketika berjalan di pelantar tersebut.

“Kami menawarkan harga istimewa kepada wargenegara Malaysia yang ingin merasai pengalaman berada di TOWER WALK 1OO ini dengan harga RM35.00 untuk MyKad dan RM25.00 untuk MyKid.”

Perasmian “TOWER WALK 100” itu dilakukan oleh Menteri Pelancongan Dato’ Seri Nancy Shukri hari ini bersempena dengan sambutan ulang tahun menara Kuala Lumpur ke-25.

Pengungjung yang hadir perlu mematahu prosedur operasi standard SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan COvid-19.