Terengganu – Amaran hujan berterusan kategori waspada telah di keluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi kawasan Terengganu, Pahang, Johor dan Kelantan.

Amaran tersebut menyatakan sehingga 16 Disember ini hujan berterusan dijangka berlaku melibatkan Terengganu dan Pahang (Kuantan dan Pekan).

Ini diikuti amaran sama sehingga 14 Disember melibatkan Rompin, Pahang selain Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Manakala bagi tarikh 15 hingga 16 Disember pula amaran dikeluarkan bagi negeri Kelantan dan Jerantut, Pahang.

METMalaysia juga telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori tiga dengan angin selaju lebih 60 kilometer sejam dan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di Condore dan Barat Reef North.