Johor – Ketika musim bencana ini pun masih ada yang melihat logo parti.
Terbaru , Ketua Wanita Keadilan Johor Napsiah Khamis telah dihalangi dari memberi bantuan di sebuah pusat pemindahan sementara.
Kejadian berlaku ketika Napsiah Khamis sedang memberi bantuan di pps sambil memakai vest berlogo parti PKR, beliau telah diarahkan untuk menanggalkan vest tersebut berikut kehadiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun apa yang menjelekkan apabila bekas perdana menteri tersebut juga dilihat memakai baju berasaskan parti.
Namun setelah berlaku kekecohan antara petugas dan pasukan bantuan , pasukan Napsiah dibenarkan juga memberi bantuan hasil penerangan beliau.
Apa yang dikesalkan , ketika rakyat sedang di landa musibah banjir, masih ada lagi pihak yang melihat kepada logo parti.
