Kenaikan input perta­nian seperti baja, racun dan bahan penggalak memberi kesan kepada kenaikan buah Harum Manis pada tahun ini

Namun begitu ,Pengerusi Persatuan Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata kenaikan buah tersebut hanya sekitar RM1 hingga RM2 sekilogram (kg) terhadap harga jualan mangga tersebut.

Kebiasaannya harga jualan sekotak 3kg harumanis premium gred A adalah sekitar RM100 hingga RM135 termasuk kos penghantaran , namun harga pada tahun ini dijangka naik tidak melebihi RM5 iaitu sekitar RM 140 ke Rm 145.

Buah harumanis bergred premium biasanya mempunyai berat sekitar 300 hingga 450 gram sebiji.