Projek Insaniah ialah program komuniti yang disasarkan kepada pelajar yang berumur 13-15 tahun daripada keluarga berpendapatan rendah dan latar belakang kurang bernasib baik.
Tujuan program ini ialah transformasi komuniti yang terlibat untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.
Program yang Dibangunkan bersama oleh Yayasan RYTHM dan MyKita, Insaniah bertujuan untuk mendidik, melatih, serta menjadi mentor kepada pelajar untuk membantu mereka berkembang menjadi individu yang seimbang dan warganegara yang bertanggungjawab.
Program ini termasuk mengajar subjek teras seperti bahasa melayu , bahasa inggeris, matematik dan sains. Pelajar juga akan didedahkan dengan Aplikasi Perisian Microsoft Office, Pengatucaraan telefon Bimbit dan Pembelajaran rekaan grafik komputer.
Bagi Kumpulan pertama 25 pelajar yang terlibat dalam program ini ,mereka mendapatlatihan kemahiran seperti kerja kerja elektrikfikasi , menservis penghawa dingin, dan
pertanian.
Mereka juga di dedahkan dengan pembinaan sahsiah serta khidmat masyarakat untuk membantu mereka memupuk semangat sivik dan menggalakkan mereka mengembangkan semangat kesukarelawanan.


