Rina Arano, pelakon terkenal bagi filem porno Jepun ditemui mati dalam keadaan bogel dan diikat pada sebatang pokok setelah beliau dilaporkan hilang hampir sebulan.

Menurut kenyataan polis, seorang suspek bernama Hiroyuki Sanpei berasal dari Minamiashigara, Wilayah Kanagawa telah menjemput mangsa sebelum memandu ke vila miliknya yang terletak di Hitachiota. Suspek merupakan orang terakhir yang berhubung dengan mangsa menerusi aplikasi Twitter pada 5 Jun lalu dan menjemput mangsa di Stesen Mito di Ibaraki Prefecture.
Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia membawa mangsa ke vila berkenaan sebelum menghantar Arano ke sebuah kedai berdekatan.
Ketika mayat mangsa ditemui ,keadaannya telah reput namun tiada kecederaan yang ketara pada bahagian badannya.
Menerusi satu kenyataan pihak polis, mangsa diikat pada sebatang pokok tanpa pakaian dan sudah hampir dua minggu meninggal dunia.
