Merujuk Satu Artikel berita atas talian , baru baru ini Presiden Parti Bersatu PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan beliau telah bertemu Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri untuk membincangkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk diserahkan kepada PPBM.
Menurut Muhyiddin lagi, perkara tersebut telah termaktub dalam perjanjian PN bersama Perdana menteri sebelum ini.
Namun perkara tersebut dibidas oleh bekas perdana menteri Dato Seri Najib Razak yang menulis di laman facebooknya, jawatan tpm itu sebenar tidak perlu memandangkan cuma tingal lagi setahun sahaja untuk mandat dikembalikan kepada rakyat. lebih elok sekiranya kerajaan fokus pada masalah rakyat ketika ini yang berhadapan dengan inflasi.
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor pula mengkritik hantaran najib menerusi Ketua Armada Johor, Muhd. Shamsuddin Paijan berkata, kehadiran seorang TPM selain menteri daripada PN seperti yang telah dijanjikan akan membantu meningkatkan tadbir urus negara ketika ini.
