KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang dikatakan bakal dilantik menteri mengesahkan kontraknya sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tamat pada 17 Jun lepas.
Dalam hantaran di Facebook, beliau menjelaskan tidak timbul persoalan berhubung jawatannya itu seperti dilapor oleh portal Utusan Malaysia.
“Saya rasa tak perlu ada tanda soalan pada laporan ini.
“Seingat saya, memang sudah lama saya sebutkan secara terbuka bahawa hari akhir saya di PTPTN ialah pada 17 Jun 2022.
“Next step, tunggu lah hingga next step itu sampai ,” tulisnya di laman sosial facebook.
Untuk rekod Wan Saiful dilantik sebagai pengerusi PTPTN berkuat kuasa 18 Jun 2018 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang juga ahli Parlimen Lenggong. -KL Broadcast