
Pelanggaran hak cipta itu telah dilaporkan kepada YouTube melalui salah sebuah syarikat rakaman di Malaysia, iaitu FMC Music Sdn Bhd Malaysia.
Menurut laporan yang dibuat . kandungan penstriman muzik secara langsung bertajuk “Lofi hip-hop beats to study/relax to” daripada saluran bernama ChilledCow kini telah dihentikan siarannya oleh YouTube kerana didakwa melanggar hak cipta yang disyaratkan oelh laman tersebut.
Lofi Girl dalam ciapannya di Twitter pada 10 Julai lalu telah meminta pihak YouTube untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum mengalih keluar video yang berdurasi 20 ribu jam tersebut.
Melalui saluran rasmi Twitter Lofi Girl, telah memuat naik sebuah tangkap layar daripada YouTube yang mendakwa bahawa saluran tersebut didapati telah melanggar undang-undang hak cipta.

“Disebabkan oleh notis alih keluar hak cipta yang kami terima, kami terpaksa mengalih keluar video anda daripada YouTube:
Tajuk video: radio hip hop lofi – rentak untuk berehat/belajar
Video anda: https://www.youtube.com/watch?v=5qap5a0419A
Isu alih keluar oleh: FMC Music Sdn Bh Malaysia
“Ini bermakna video anda tidak lagi boleh dimainkan di YouTube,” kata kenyataan tersebut.
Kebanyakkan netizen di Twitter tertanya-tanya siapakah FMC Music yang telah mengadu kepada pihak YouTube sehingga video Lofi Girl ditarik keluar oleh saluran tersebut.


Selepas beberapa jam di muat naik, sebuah akaun dengan nama TeamYouTube telah membalas ciapan Lofi Girl dengan mengaku kesilapan daripada pihak mereka dan ia merupakan tuntutan tidak berasas oleh syarikat rakaman tersebut.
Youtube juga berjanji bahawa video itu akan dimasukkan kembali ke saluran YouTube beliau dalam masa 24 jam.

Sebelum ini , terdapat juga sebuah syarikat penyiaran malaysia yang menyiarkan siaran secara percuma sering menuntut kepada Youtube bahawa kebanyakan video viral yang dinaik muat oleh contet creator Malaysia sebagai hak mereka walaupun video tersebut merupakan perkongsian dari group Whatsapp.