Amy atau nama sebenar Siti Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah menghina Islam di Kelab Komedi TTDI selepas dibawa ke Mahkamah Sesyen Cyber, Jalan Duta awal pagi tadi.

Pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. Amy dihadapkan ke mahkhamah bagi pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Jika didapati bersalah, beliau akan berdepan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Wanita itu yang memakai sut berwarna hitam, dan kemeja-t jingga, tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 9 pagi tadi diiringi dua pegawai polis.

Sementara itu, teman lelaki suspek  Alex atau nama sebenarnya Alexander Navin Vijayachandran juga dituduh di mahkamah Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada pagi tadi.