KENYATAN MEDIA
Oleh Datuk Seri Jamal Md. Yunos
:Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor
:Ketua Komunikasi Barisan Nasional Selangor
Bertarikh: 11 Ogos 2022 (Khamis)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
KPPA Shafiq wajar berundur
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Dato Seri Shafiq Abdullah wajar melepaskan jawatannya secara terhormat kerana isu moral yang membabitkan namanya telah teruk mencalarkan imej perkhidmatan awam.
Dia tidak layak lagi untuk terus menyandang jawatan berkenaan kerana sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan dan lebih buruk lagi dia menjatuhkan motivasi kakitangan kerajaan akibat persepsi negatif yang dilemparkan oleh orang awam terhadap organisasi kerajaan.
Belum pernah lagi berlaku dalam rekod perkhidmatan awam, apabila kakitangan bawahan terpaksa mengkritik secara terbuka terhadap seorang KPPA disebabkan salahlaku beliau kerana pegawai bawahan sudah tidak mampu lagi memendam atau menyembunyikan perbuatan tersebut.
Sewajarnya beliau perlu segera meletak jawatan agar isu moral beliau yang sedang panas diperkatakan ini tidak terus merosakkan imej perkhidmatan awam dan seterusnya mencacatkan usaha kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sekian,wassalam