Kuala Lumpur – Penjenamaan semula produk TALIA yang sebelum ini dikenali sebagai Iman Health And Beauty mampu membuka ruang kepada peluang baharu untuk memperkukuh serta meletakkan jenama berkenaan setanding dengan jenama produk kecantikan antarabangsa.

Pengasas produk TALIA, Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid, berkata penjenamaan semula selepas tiga tahun beroperasi bertujuan menarik lebih ramai stokis dan agen.

Pengasas produk TALIA Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid dan suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TALIA Datuk Shahriza Amir

“Kami melakukan penjenamaan semula ini adalah hasil maklumbalas daripada pelanggan meskipun ketika ini berhadapan dengan waktu yang mencabar namun kami kekal komited untuk memperkukuh serta meletakkan jenama,” katanya.

Beliau berkata, TALIA menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia khususnya yang terkesan akibat wabak COVID-19 dan juga remaja lepasan SPM yang sedang menunggu peluang pekerjaan, serta bisnes atas talian (online).

Majlis pelancaran penjenamaan itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Ahad.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Pengasas produk TALIA Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid (tengah) dan suaminya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TALIA Datuk Shahriza Amir (kiri) bergambar selepas gimik Majlis Pelancaran Produk Kecantikan TALIA

Produk baru keluaran TALIA
Sesi penyerahan kereta Toyota Alphard kepada pemenang Master of Leadership TALIA