
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan Tabung Amanah yang diwujudkan oleh kerajaan untuk penyediaan hari tu bagi rakyat malaysia yang bekerja.
Majikan yang mengajikan pekerja wajib untuk mencarum pekerja mereka ia termaktub dalam undang undang buruh negara.
Namun ia sesuatu yang mengejutkan apabila data menunjukkan seramai 3.2 juta pencarum kwsp cuma mempunyai RM 1000 dalm akaun mereka. Dan lebih memeranjantkan 50% yang berumur 54 tahun dan bakal pencen tahun hadapan mempunyai simpanan di bawah RM 10 000 di dalam akaun mereka.
Sepanjang 4 kali kebenaran pengeluaran kwsp sepanjang era pandemik, sebanyak RM 101.2 billion telah dikeluarkan oleh pencarum dengan majoritinya untuk menampung kehidupan seharian.
Selain itu, kadar gaji yang sangat rendah di negara juga antara penyumbang pekerja berusia 55 tahun tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampun kehidupan mereka selepas pencen.

Data juga menunjukkan untuk kehidupan yang selesa, setiap pesara perlu mempunyai RM 250 ribu di dalam akaun bagi menampung kehidupan mereka selepas bersara dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 1000 sebulan.