Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah dinaik taraf sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) bermula hari ini.

Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, perubahan taraf dari kolej ke universiti ini membuktikan universiti tersebut setanding dengan institusi pengajian tinggi lain.

Tambah beliau lagi dengan naik taraf ini, MAIS berharap UIS akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangannya serta dapat memaksimumkan penghasilan pelajar cemerlang serta berkualiti dalam bidang profesional dan hebat di sisi agama.

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading