Muafakat Nasional (MN) yang bermula pada 14 September 2019 kini boleh dianggap berkubur apabila Pas semalam menyatakan kekal untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Sebelum ini UMNO telah meneapkan syarat jika PAS masih mahu MN, parti itu perlu meninggalkan BERSATU. Namun keputusan Pas itu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan oleh UMNO.

Walaupun para pemimpin Pas dan UMNO enggan meng­akui kenyataan itu, namun dengan ke­putusan yang diumumkan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ini, pengundi akan me­nyaksikan pertembungan an­tara calon daripada kedua-dua parti itu pada PRU15.