
Bekas Pemain Badminton no1 dunia dan negara Datuk Lee Chong Wei kini sebaris dengan atlet terkemuka dunia termasuk bintang bola sepak, Cristiana Ronaldo dan David Beckham selepas diperkenalkan dalam bentuk patung lilin di muzim Madame Tussauds di Singapura, hari ini.
Dengan jersi tanpa lengan dan seluar pendek berwarna biru serta sepasang kasut biru dan hijau limau dengan raket di sebelah tangan, patung lilin pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu menjadi tarikan terbaru di dewan muzium berkenaan selepas mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
Patung tersebut akan berada di muzium Madame Tussauds Singapura sehingga penghujung March 2023 sebelum ia dipindahkan ke Hong Kong dan akan kekal di sana.
Pada Januari 2020, Chong Wei diumumkan sebagai atlet pertama Malaysia yang akan diabadikan dalam bentuk patung lilin di muzium Madame Tussauds Hong Kong, dan pada November 2019, pasukan Madame Tussauds telah mengambil 200 ukuran atlet berkenaan itu secara teliti dalam satu sesi pengukuran badan yang berlangsung selama enam jam.