Sebuah helikopter jenis Airbus AS 355 F2 dengan nombor pendaftaran 9M-SSW terhempas berhampiran Tanah Rata, pada pukul 1.03 petang hari ini.

Pesawat malang berkenaan telah dikendalikan oleh seorang juruterbang dengan membawa lima penumpang. Ia merupakan milik Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dan telah berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada pukul12.20 petang.

Unit mencari dan menyelamat yang melalui jalan darat telah digerakkan ke lokasi helikopter terhempas di Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang 19 minit selepas berlaku kejadian.