KUALA LUMPUR -Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Aziz yang juga merupakan abang kepada Nik Abduh akan bertanding di Perak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden, Rafizi Ramli yang dibuat menerusi satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebantar tadi.

Seramai tujuh calon diumumkan hari ini. Bagaimanapun, Anwar yang juga pengerusi PH tidak menyatakan kerusi khusus bagi calon yang diumumkan hari ini.

“Senarai penuh calon mewakili kuota PKR akan diumumkan Jumaat ini,” kata Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Nik Omar bertanding atas kuota Amanah di kerusi negeri Chempaka di Kelantan namun tewas. -KL BROADCAST

Leave a Reply

Penafian Tanggungjawab

Sebagai sebuah organisasi media, kami menghormati kepelbagaian pandangan. Namun, semua komen yang disiarkan di laman ini adalah tanggungjawab masing-masing dan tidak mencerminkan pendirian atau tanggungjawab kami.

© 2026 KL Broadcast All Rights Reserved.

Discover more from KL BROADCAST

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading