
90 orang terbunuh manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas sebuah jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di sungai Machchhu bandar Morbi tiba-tiba runtuh.
Jambatan sepanjang 232 meter itu hanya boleh digunakan oleh pejalan kaki dan merupakan lokasi pelancongan popular.
Ia dibuka semula minggu lalu selepas ditutup selama tujuh bulan untuk pengubahsuaian, menurut media tempatan.
kredit foto AP.