Belum pun hari penamaan calon tiba, namun beberapa kempen fitnah telah mula tersebar dikalangan pengguna media sosial.

Semalam telah tersebar satu surat akujanji UMNO menyatakan bahawa semua calon wajib mencalonkan Presiden UMNO Zahid Hamidi sekiranya Barisan Nasional menang pada pilihanraya ini.

Perkara Itu telah pun disangkal oleh Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Dato Shamsul Anuar Nasarah.

Satu laporan polis dan pada pihak skmm telah dibuat dan satu sidang media akan dibuat pada petang khamis tiga november bagi menjelaskan isu sebenar.