
Desas desus mengatakan kerosakan yang berlaku pada sistem lrt adalah perbuatan sabotaj semakin kuat.
Dalam sidang media Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata sejak hari pertama, beliau sudah berbincang dengan Prasarana Malaysia Berhad (Pransarana) supaya melihat punca masalah itu secara menyeluruh dan bukan hanya terhad kepada aspek teknikal.
Malah ujar Wee lagi, satu badan bebas yang merupakan perunding antarabangsa telah dilantik bagi melihat semua kemungkinan terhadap gangguan perkhidmatan sistem LRT.
Kemungkinan ia adalah sabotaj mula diperkatakan berikut negara sedang dalam tempoh berkempen pilihanraya umum ke 15 serta masalah ini tidak pernah berlaku sehingga pembuat sistem tersebut terpaksa dipanggil dari luar negara untuk mencari punca kerosakan sebenar.
Sebuah portal berita pada hari ini telah melaporkan, bekas CEO Prasarana, Datuk Ridza Abdoh Salleh mendakwa terdapat kemungkinan punca gangguan perkhidmatan bagi LRT laluan Kelana Jaya disebabkan unsur sabotaj.