Hari ini merupakan hari pengundian awal untuk Pilihanraya umu ke 15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah bagi anggota keselamatan di seluruh negara.

Jumlah yang terlibat ialah seramai 224 828 anggota .

Mengikut pecahan ,117 473 orang terdiri anggota tentera dan pasangan, manakala 107 355 lagi adalah polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.

Sebanyak 578 pusat pengundian awal dibuka di seluruh negara antaranya membabitkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera, dengan sejumlah 970 saluran.

melalui sumber Suruhanjaya Pilihanraya, Statistik keluar mengundi bagi Undi Awal PRU Ke-15 setakat jam 2:00 petang adalah sebanyak 85% keseluruhan.