KUALA LUMPUR- Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, keceriaan menyambut Deepavali masih dirasai.

Yayasan Amal Budimas tidak ketinggalan meraikannya bersama kanak-kanak dari 4 badan kebajikan dalam satu majlis makan malam dan sumbangan Deepavali. Seramai 109 kanak-kanak dari 4 Rumah Kebajikan menerima sumbangan Deepavali daripada Yayasan Amal Budimas, pada Selasa malam.

Sumbangan berupa goodies bag beserta wang poket disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, The Budimas Charitable Foundation, Anne Rajasaikaran pada majlis yang diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara.

“Sementara kami berusaha untuk mencapai misi kami untuk menyediakan peluang sama rata kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, kami juga memastikan kanak-kanak di sini hari ini merasai kemeriahan seperti mereka di luar sana.

Tahun ini, kami teruja untuk menganjurkan sambutan Deepavali selepas dua tahun wabak pandemik Covid-19,” kata Anne.

Selain penyampaian sumbangan, majlis turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat India, persembahan badut, serta pertandingan dekorasi ‘Agal Vilakku’.

Untuk rekod kini, Tabung Amal Rumah Budimas (BHCF) membantu 43 rumah kebajikan di seluruh Malaysia, telah membina dan mengendalikan 9 perpustakaan di Negeri Sembilan dan Selangor di kawasan pendalaman perkampungan Orang Asli melalui Tabung Amal Pendidikan Budimas (BECF) serta menyediakan sarapan pagi kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di 171 sekolah di seluruh didalam Tabung Amal Makanan Budimas (BFCF).Malaysia melalui Tabung Amal Makanan Budimas (BFCF).

-KL Broadcast