Bayan Baru: Saw Yee Fung menegaskan, seseorang Ahli Parlimen (MP) yang bertanggungjawab, harus mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan di Parlimen dan prihatin terhadap masalah rakyat serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasannya.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal tohmahan bahawa beliau hanya pandai berkhidmat kepada rakyat dan menafikan berkebolehannya untuk membawa suara rakyat di Parlimen. Tohmahan itu bertujuan menutup kelemahan penyandang Parlimen Bayan Baru yang tidak membawa masalah penduduk Bayan Baru ke Parlimen.

Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bayan Baru itu dalam kenyataannya berkata, jika dipilih, beliau akan berpandukan dasar dan berpolitik secara rasional, di samping terus mendekati rakyat serta berkhidmat untuk mereka. Tegasnya, menitikberatkan qualiti kehidupan serta memahami masalah rakyat, bukanlah tanggungjawab ADUN semata-mata, tetapi juga harus dipikul oleh MP.

Kita mempunyai 222 kerusi Parlimen dan setiap satunya diwakili seorang MP yang dipilih untuk menyuarakan kehendak rakyat, justeru setiap MP memang bertanggungjawab ke atas kawasannya, dan ini juga merupakan harapan pengundi terhadapnya.

Kedua, perbahasan MP mestilah rasional dan praktikal, bukannya retorik semata-mata. Malah dasar kerajaan juga digubal setelah mengumpul dan mengkaji maklumat daripada hujah MP, manakala MP pula menggunakan kawasannya sebagai platform untuk mengenali secara dekat serta mengumpul maklumat tentang punca masalah dan kelemahan. Oleh itu seseorang MP yang tidak mahu keluar dari pejabatnya lebih baik bertukar kerjaya sebagai penulis novel sahaja!

Ketiga, kita biasa dengar kerajaan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sering mengadu bahawa kerajaan Persekutuan tidak memberikan peruntukan yang mencukupi, walaupun ia tuduhan politik, tetapi hakikatnya pembangunan di mana-mana peringkat, baik setempat, negeri mahupun nasional, tidak boleh terputus kesinambungannya, kerana hanya dengan kesepaduan yang baik barulah negara dapat membangun dengan lebih pesat.

Keempat, pada muka surat pertama aku janji saya, saya telah mengemukakan isu dasar negara yang dekat dengan hati saya. Ia merangkumi 8 kategori utama, termasuk ekonomi, membasmi kemiskinan, mengekalkan bakat, menggalakkan kelahiran, melambatkan penuaan populasi, solusi kepada penuaan populasi, pengambilan pelajar IPT dengan telus, menambah kuota pengambilan, pemindaan Perlembagaan bagi memberikan kerakyatan kepada anak yang dilahirkan oleh ibu Malaysia, menggerakkan penjagaan kesihatan sejagat dan sebagainya.

Untuk ekonomi sahaja, saya telah mengemukakan langkah-langkah:

•          Mengawal inflasi

•          Menggalakkan firma berteknologi tinggi untuk melabur di Malaysia

•          Menarik pelaburan asing

•          Menyokong Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA)”

Yee Fung meminta pihak lawan supaya tidak mengada-adakan isu kononnya beliau hanya mengambil berat isu setempat untuk memburukkan imejnya sebagai seorang calon MP. Tegasnya, beliau mahu menjadi seorang MP yang aktif berbahas di Parlimen dengan memberikan pandangan dan cadangan yang bernas, serta terus mendekati rakyat bagi mengumpul maklumat, merujuk kejayaan negara lain, serta memantau dan mendesak kerajaan Pulau Pinang dan tempatan, berdasarkan fakta dan statistik supaya melaksanakan dasar yang benar-benar dapat membawa kesejahteraan kepada warga Bayan Baru.

Katanya, “Saya tidak akan menari mengikut rentak mereka. Sebaliknya, saya mahu bertanya, apabila mereka cuba memburukkan saya dengan cara begini, bukankah secara tidak langsung mereka telah mengakui bahawa penyandang Parlimen Bayan Baru memang tidak mempedulikan rakyat? Bukankah ini sebabnya masalah yang sekian lama dihadapi penduduk Bayan Baru seperti banjir kilat, kesesakan trafik, rumah mampu milik yang tidak mampu dimiliki dan sebagainya, masih membelenggu setelah berpuluh tahun, dari zaman penyandang menjadi ADUN sehingga menjadi MP?”

Tambahnya, tempoh 15 tahun cukup untuk meremajakan seorang bayi, atau menambah kedut di dahi, tetapi masalah di Bayan Baru terus menjadi-jadi. Dah dekat dengan Pilihan Raya Umum barulah berkata pemasangan 35 lampu isyarat pintar perlu mengambil masa 5 tahun. Kenapa perlu 5 tahun sedangkan kerajaan negeri dikuasai PH sendiri?