PUTRAJAYA: Kerajaan telah menetapkan hari Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am bagi memudahkan urusan rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Dan bagi memudahkan pengundi balik mengundi, pemberian tol percuma untuk 30 konsesi Lebuh raya  ditawarkan  dua hari kepada para pengguna sempena hari Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 November ini.

Perkara ini telah diumukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi di Putrajaya.