KUALA LUMPUR- Ramai pemimpin akar umbi dan beberapa pemimpin Umno menggesa presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur susulan prestasi buruk parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.
Mereka mahu Ahmad Zahid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan buruk Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Parti MCA dan MIC hari ini juga secara rasmi menyatakan hilang kepercayaan terhadap Zahid yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), selain mendesak agar beliau segera melepaskan jawatan itu.
Ia susulan Umno mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah dengan hanya memenangi 27 kerusi pada PRU kali ini.
Zahid perlu “berjiwa besar” meletakkan jawatan utama dalam parti itu, sebagaimana dilakukan Najib Razak pada 2018.
Tindakan itu, dilihat akan membantu Umno mengambil langkah pertama untuk memulihkan dan menguatkan kembali parti dan Ahmad Zahid perlu membiarkan kepemimpinan dan individu lain memimpin perbincangan bagi membuat keputusan besar seterusnya untuk parti.
Pimpinan Umno perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi pada PRU15, meskipun ia cukup pahit untuk ditelan.
Ramai pemimpin Umno, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.
Rata-rata kekecewaan akar umbi dan umbi dengan tindakan Presiden itu sehingga memboikot dan tidak bersemangat membawa kemenangan untuk BN.
Ahmad Zahid juga turut menangguhkan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dijadualkan pada malam ini.-KL BROADCAST