Kuala Lumpur : Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah diarahkan oleh mahkamah seksyen untuk membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Hakim Izralizam Sanusi membacakan keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada 5,6,7,8 dan 9 Disember depan.