
Kuala Lumpur: Seminggu selepas Rakyat selesai menunaikan tanggungjawab pada negara, statistik penggundi yang dikeluarkan adalah amat mengejutkan.
Data yang diterima oleh klbroadcast menunjukkan daripada 22 juta penggundi yang berdaftar, hanya 14 575 189 yang keluar mengundi pada Pilihanraya ke 15.
Ini Bermaksud terdapat hampir 8 juta penggundi tidak keluar menggundi. Pakatan Harapan mendapat jumlah undi yang paling ramai iaitu sebanyak 5 801 327 undian. Diikuti pula oleh Perikatan Nasional sebanyak 4 700 819 undian dan Barisan nasional di tangga ke tiga sebanyak 3 462 231 undian.
Daripada hampir 8 Juta yang tidak keluar menggundi, dipahamkan seramai 40 peratus penggundi melayu tidak keluar menggundi iaitu seramai hampir 3.2 juta orang.
