Ipoh : Laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara untuk memberi laluan latihan simulasi kecemasan pada 30 November (Rabu) 2022, mulai jam 10:00 pagi hingga 2:30 petang.
Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan tersebut.
Pengguna daripada utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utaradan meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan.
