
Bukit Jalil :Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 esok yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan disaksikan oleh hampir 80,000 penonton esok.
Penutupan jalan di beberapa laluan di sekitar SNBJ sebelum dan selepas perlawananakan dilaksanakan bagi melancarkan aliran trafik.
Penutupan jalan bermula pukul 4 petang melibatkan di sepanjang Jalan Barat, dan Persiaran ISN. Persiaran ISN akan dijadikan jalan sehala dan untuk kenderaan berpelekat sahaja.
Sebaik tamat sahaja perlawanan, jalan sehala akan diaktifkan dari Axiata Arena ke Puchong Link bermula jam 10.30 malam hingga selesai menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin.