Hari Ini Berlangsungnya hari undi biasa bagi Pilihanraya Umum Ke 15 bagi kerusi Parlimen P017 Padang Serai dan kerusi dun N42 Tioman.

Kedua dua kerusi parlimen dan dun ini terpaksa dilewatkan hari pengundiannya berikut kematian calon ketika kempen pilihanraya yang lalu.

Penganalisa politik pula berkata , kedua dua kerusi ini penting kerana sebagai unjuran awal sokongan akar umbi PH dan BN dalam menerima kerjasama kedua parti tersebut untuk menubuhkan kerajaan pusat baru baru ini.

Sehingga jam 9 pagi tadi, SPR menganggarkan 9% penggundi telah keluar menggundi di kawasan masing masing.