
Kuala Selangor : Tapak pesta yang terlibat dengan 3 mangsa tercampak keluar dari permainan ‘Sotong Ride’ didapati beroperasi secara haram, tapak tersebut itu juga tidak mendapat kebenaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat berkata, operasi sitaan telah dilakukan pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan namun pengusaha tapak pesta yang terletak di Eco Grandeur Puncak Alam tetap meneruskan operasi secara haram
Dalam kejadian semalam, tiga pengunjung termasuk seorang kanak kanak tercampak keluar ketika menaiki permainan ‘Sotong Ride’ berpusing.
