
Ulu Yam – Penutupan jalan Batang Kali ke Genting berikutan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh yang dijangka mengambil masa setahun mengundang pelbagai reaksi pengguna laluan itu di laman sosial.
Rata- rata pengguna yang ditemuramah oleh klbroadcast menyatakan ketidakpuashati kerana pembaikan jalan tersebut mengambil masa terlalu lama.
Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai johan menyatakan, kos perbelanjaan beliau akan meningkat sehingg 30 peratus berikutan terpaksa menggunakan laluan gombak untuk ke genting.
Laila pekerja hotel di Genting pula menyatakan kenapa perlu sehingga 1 tahun untuk diperbaiki sedangkan negara maju yang lain dapat lakukan dalam tempoh seminggu atau paling lama menbail masa sebulan.