
Mayat ke 25 insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Fathe’s Organic farm Gohtong Jaya, berjaya ditemukan pada malam semalam sekitar jam 11.20 malam dan disahkan oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor.
Mangsa yang ditemukan merupakan kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu
Tragedi tanah runtuh pada awal pagi Jumaat lalu di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit.