
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar mendakwa dirinya telah dipecat dari parti UMNO sebentar tadi.
Bekas ahli parlimen Tanjong Karang tersebut telah keluar dari mesyuarat selepas beliau dikatakan bertikam lidah dengan presiden UMNO ketika dalam mesyuarat malam ini.
Ketika bertemu wartawan di lobi pejabat UMNO pusat, beliau yang diberitahu bahwa akan digantung selama enam tahun ketika mesyuarat malam ini telah meminta untuk dipecat daripada digantung.
Permintaan beliau itu disambut oleh Presiden parti Datuk Zahid Hamidi dengan menyatakan beliau dipecat serta merta
Sementara itu Ketua Penerangan Umno Malaysia Isham Jalil menjelaskan keputusan itu dibuat selepas Noh sendiri minta dia dipecat.
Menurut Isham, Tan Sri Noh memaklumkan perkara tersebut semasa menghadiri mesyuarat MKT Umno malam ini.