
Khairy Jamaluddin bekas ahli parlimen Rembau dan juga bekas Menteri Kesihatan menyatakan beliau masih belum menerima apa apa surat dari lembaga displin UMNO.
Menurut beliau Majlis Kerja Tertinggi (UMNO) sekarang suka dan mempunyai kecenderungan untuk hanya menggantung atau memecat orang secara sebelah pihak ketika dihubungi oleh pihak media.
Sebelum ini desas desus yang menyetakan Khairy bakal dibuang dari UMNO semakin hangat selepas beliau menularkan satu video kononnya perwakilan hantu sedang dibawa masuk ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang diadakan baru baru ini.